
..:Hanee's Blog:..
Isnin 06 Jul 2009
Rest In Peace MJ...

Tahniah Zizi!!!
Isnin 08 Jun 2009
Zizi AF7 Jadi Rebutan Orang!
26-May-2009 | Oleh: Murai Batu
Murai Batu dengar cerita Zizi atau nama sebenarnya, Nurfazelah@Zizie Mohd Tahil, mula menjadi rebutan beberapa pihak termasuk kumpulan Fabulous Cats yang diketuai oleh Cat Farish. Benarkah kumpulan itu sedang mengintai Zizi untuk menggantikan penyanyi wanitanya sebelum ini iaitu Farhana?
Dengar cerita, Zizi telah pun dijemput datang ke sebuah studio baru-baru ini untuk menjalani sesi uji bakat. Namun, Murai Batu tidak tahu pula sama ada Zizi telah berjaya atau tidak? Yang penting, orang dah berminat dengan bakat Zizi sebagai penyanyi.
Satu lagi pihak yang dikatakan berminat dengan Zizi adalah pihak pengurusan Diddy Hirdy (bintang AF4) iaitu Abang Botak. Ingat Abang Botak? Dialah blogger jemputan bagi murai.com.my ketika AF7 berlangsung, baru-baru ini. Memang sejak sekian lama, Abang Bad berminat untuk menguruskan Zizi selepas melihat persembahannya.
Murai Batu sendiri pun suka melihat corak persembahan Zizi yang sungguh bertenaga. Dia memang ada ciri-ciri seorang penyanyi pop rock yang bagus cuma perlu digroom dengan lebih baik.
Jadi kalau terpilih menjadi artis rakaman, nampak
MURAI BATU: Harap bintang-bintang AF7 yang berbakat tidak akan tenggelam dengan ketiadaan Maestro Talent.
p/s : Good Luck To U Zizi..Hopefully Zizi akan terus berjaya mengorak langkah lebih panjang dlm dunia seni..Tggu perkembangan Yazid pulak...
Yazid AF7 Akui Sukakan Zizi
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Baung, Farid Nuzli & Ijan
Sejak dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) lagi mereka telah mula digosipkan. Selepas keluar dari AF7, ramai lagi inginkan kepastian adakah mereka, Yazid dan Zizi, benar-benar menyimpan perasaan. Lalu soalan itu dilemparkan kepada Yazid atau Mohd Yazid Kamal Ibrahim selepas dia habis sesi pengajian dan pertandingan di akademi sensasi itu.
Jom ikuti temubual khas dengan Yazid ketika dia mengunjungi pejabat murai.com.my baru-baru ini.
MURAI: Apakah perasaan Yazid selepas tamat AF7?
YAZID: Ooo, saya rasa dah bebas semula dan rasa amat gembira sekali dapat berjumpa keluarga dan kawan-kawan semula.
MURAI: Apakah transformasi yang Yazid dapat dalam AF7?
YAZID: Secara jujur, saya telah menjumpai diri saya sendiri. Saya lebih yakin dengan diri saya dan tidak sabar-sabar membuat persembahan lagi.
MURAI: Bolehkah jelaskan, adakah Yazid sebenarnya menyukai Zizi?
YAZID: Ya... lah! Hahaha. Sebenarnya, Yazid suka Zizi sebab sifat kejujurannya. Terus-terang Yazid cakap, kami semua dalam AF7 bersependapat, sikap Zizi disenangi oleh semua orang. Kalau tak percaya, tanyalah pelajar AF7 yang lain. Lagi satu, antara banyak-banyak kawan, dialah yang paling satu kepala dengan Yazid. Yazid juga suka berkawan dengan Kak Isma sebab dia macam kakak pada kami semua.
MURAI: Pernahkah Yazid terfikir untuk mengambil Zizi sebagai kekasih?
YAZID: Ish, buat masa ini tak adalah. Tapi perkara begini Yazid tak berani cakap. Ini semua soal hati. Andaikata satu hari Yazid suka dan jatuh cinta pada Zizi, Yazid tak boleh menolak
MURAI: Sejauh mana Yazid menyukai Zizi?
YAZID: Aku skandal... haha! Saya melawak aje. Zizi memang sempoi dan berpengetahuan luas dan mempunyai karakter yang menarik dan kuat. Sekali lagi Yazid cakap, kami tidak ada apa-apa hubungan yang serius, sekadar kawan.
MURAI: Siapakah guru yang paling Yazid senangi?
YAZID: Sudah tentu, cikgu Siti Hajar sebab dia paling sempoi sekali. Dia mempunyai sifat keibuan yang buat Yazid senang. Yazid dan dia bukan sekadar berbual tentang pelajaran tetapi Yazid banyak meminta bantuan beliau dalam hal kekeluargaan dan kasih sayang. Kemesraan dengan dia membuatkan Yazid teringat kepada arwah ibu Yazid. Terus terang Yazid rasa Cikgu Siti layan semua pelajar sama rata saja. Cikgu-cikgu pun manusia biasa juga. Di TV ramai boleh buat andaian, tapi kami lebih tahu layanan cikgu-cikgu terhadap kami.
MURAI: Apakah kelemahan utama yang dapat Yazid atasi selama 3 bulan ini?
YAZID: Gugup yang melampau.
MURAI: Apakah yang membuatkan Yazid tidak selesa dalam akademi?
YAZID: Sebetulnya, Yazid tidak selesa tengok RA (Residen Asrama) yang tidak putus-putus
MURAI: Apakah harapan Yazid selepas ini?
YAZID: Yazid berharap sangat diberikan peluang untuk berseni dan berkarya.
MURAI: Tidakkah Yazid rasa kelemahan Yazid yang gagap itu dipermainkan dalam AF7?
YAZID: Sama sekali tidak. Ia mungkin dah trademark saya. Secubit pun saya tak terasa. Tak kisah dengan semua itu.
MURAI: Namakan artis yang paling Yazid mahu jumpa selepas tamat AF7?
YAZID: Kalau boleh, saya nak berbual dan berborak dengan Adlin Aman Ramlie dan Din Beramboi.
MURAI: Apakah perasaan Yazid selepas mengetahui ayah anda sudah berkahwin lagi?
YAZID: Alhamdulillah, syukur sangat. Saya rasa happy dan lega kerana ayah sudah ada seseorang yang boleh menemani dan menjaga makan minumnya.
MURAI: Nyatakan diri Yazid dalam 3 perkataan?
YAZID: Pelik, gugup dan sempoi.
Artikel Foto credit to www.murai.com.my



















